Sabtu, 12 November 2022

Program 3 Penjuru TMS

Program 3 Penjuru (28.9.2022)

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke program 3 penjuru ( Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Atas).
Juga, ceramah keibubapaan kepada ibu bapa tingkatan 5 dan 6 Atas yang bertajuk 'Ibu Bapa Tonggak Kejayaan Anak'
Hujan turun sangat lebat...
Terharu saya melihat ibu bapa,
yang meredah hujan,
basah kuyup tidak berpayung,
yang basah kerana naik motor,
Yang parking kereta jauh kerana padang telah lecak,
sudi hadir kerana ingin melihat perkembangan anak.
Ada juga yang diwakili oleh datuk, nenek.
Kehadiran ibu bapa amat memberansangkan. Ada kelas yang mencatat kehadiran ibu bapa 100% 🤝
Kepada pelajar,
terimalah teguran penambahbaikan demi masa depan kamu.
Jika keluarga kamu bukan orang kaya,
tapi ibu bapa mampu bekalkan kamu ilmu dan agama sebagai pelindung kamu di masa depan.
Jika ibu bapa berusaha menggunakan kudrat tulang empat kerat siang malam untuk mencukupkan keperluan hidup kamu,
kamu berusahalah dengan bersungguh-sungguh demi meningkatkan kualiti hidup keluarga.
Di zaman kamu dewasa nanti,
dunia semakin mencabar🌍
Dengan ilmu dan sahsiah terpuji,
mampu merubah masa depan.
Terima kasih kepada pelajar yang membantu cikgu sebagai urusetia secara langsung dan tidak langsung.
Terima kasih kepada semua barisan pendidik TMS yang berjuang demi anak bangsa💐
Semoga segala yang baik-baik datang kepada kita.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Program 3 Penjuru TMS

Program 3 Penjuru ( 28.9.2022) Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke program 3 penjuru ( Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Atas). Jug...