Sabtu, 12 November 2022

Program 3 Penjuru TMS

Program 3 Penjuru (28.9.2022)

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke program 3 penjuru ( Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Atas).
Juga, ceramah keibubapaan kepada ibu bapa tingkatan 5 dan 6 Atas yang bertajuk 'Ibu Bapa Tonggak Kejayaan Anak'
Hujan turun sangat lebat...
Terharu saya melihat ibu bapa,
yang meredah hujan,
basah kuyup tidak berpayung,
yang basah kerana naik motor,
Yang parking kereta jauh kerana padang telah lecak,
sudi hadir kerana ingin melihat perkembangan anak.
Ada juga yang diwakili oleh datuk, nenek.
Kehadiran ibu bapa amat memberansangkan. Ada kelas yang mencatat kehadiran ibu bapa 100% 🤝
Kepada pelajar,
terimalah teguran penambahbaikan demi masa depan kamu.
Jika keluarga kamu bukan orang kaya,
tapi ibu bapa mampu bekalkan kamu ilmu dan agama sebagai pelindung kamu di masa depan.
Jika ibu bapa berusaha menggunakan kudrat tulang empat kerat siang malam untuk mencukupkan keperluan hidup kamu,
kamu berusahalah dengan bersungguh-sungguh demi meningkatkan kualiti hidup keluarga.
Di zaman kamu dewasa nanti,
dunia semakin mencabar🌍
Dengan ilmu dan sahsiah terpuji,
mampu merubah masa depan.
Terima kasih kepada pelajar yang membantu cikgu sebagai urusetia secara langsung dan tidak langsung.
Terima kasih kepada semua barisan pendidik TMS yang berjuang demi anak bangsa💐
Semoga segala yang baik-baik datang kepada kita.





KURSUS KEPIMPINAN SLAD PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

Program Kursus Kepimpinan SLAD Peringkat Kebangsaan 2022

Program Kursus Kepimpinan SLAD Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 20.9.2022 - 23.9.2022 secara dalam talian. Program ini disertai oleh dua orang pelajar iaitu :

1. Adam Khalid (PRS) 4UM

2. Amiruddin Sufi (PSS) 4UM

🏆Tahniah kepada Pemenang Peserta Terbaik Skim Lencana Antidadah (SLAD) mewakili Negeri Sembilan PRS ~ Adam Khalid Bin Muhammad Azmi (4UM)
Tahniah cikgu Siti Norkiah (Kaunselor TMS) guru pembimbing pelajar Program SLAD





PROGRAM KERJAYA PEMICU MASA DEPAN TMS

Program Kerjaya Pemacu Kegemilangan Masa Depan

Tingkatan 6 Atas | 23.9.2022 | Khamis
Dewan Tuanku Jaafar | fasilitator MAINS
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Unit Tingkatan 6
TMS Terbaik🌟
Terima kasih semua
~ Fasilitator MAINS
~ AJK Guru
~ AJK Pelajar








MAJLIS PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA PERINGKATN KEBANGSAAN

 Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera Peringkat Kebangsaan

Pada 18 Ogos 2022 (8.30 pagi), TMS telah mengadakan Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera Peringkat Kebangsaan di Youtube Live bertempat di Dewan Tuanku Jaafar.

Kerjasama dari Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Kelab Pencegahan Jenayah

Terima kasih kepada semua guru yang telah terlibat menjayakan majlis ini.

#TMSTERBAIK #UNITKAUNSELINGTMS







PROGRAM I THINK DAN TEKNIK MENJAWAB TINGKATAN 3 DAN 5

Program I Think dan Teknik Menjawab Matematik Tingkatan 3 dan 5

Pada 8.8.2022(ISNIN) Unit Bimbingan dan Kaunseling & Panitia Matematik telah menganjurkan Program I Think dan Teknik Menjawab Matematik kahs kepada pelajar tingakatan 3 dan 5 di Dewan Tengku Jaafar.





KURSUS PEMIMPIN BERKETERAMPILAN TMS 2022

Kursus Pemimpin Berketerampilan TMS 2022

Kursus ini diadakan pada 27.7.2022 di Dewan Tuanku Jaafar. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah :
Prof. Ir Ts Dr Solehuddin Shuib (Pensyarah UiTM, Shah Alam).
KURSUS INI DI SERTAI OLEH :
- Pengawas
- PRS
- PSS
- Exco Asrama
- Exco Tingkatan 6
- Unit Kokurikulum (Ketua, Penolong, Setiausaha, Bendahari)

#TMSTERBAIK
#UNITKAUNSELINGTMS






SELAMAT DATANG PELAJAR 6 RENDAH KE TMS "22

Orientasi Tingkatan 6 Rendah 2022 TMS

Pada tarikh 25.7.2022, TMS telah mengadakan orientasi kepada pelajar tingkatan 6 bawah. Tujuan orientasi ini dijalankan adalah untuk mendedahakan kepada pelajar berkaiatn dengan suasana pembelajaran di tingkatan 6 serta matapelajaran baru kepada mereka. Di sini juga Slot Guru Bimbingan dan Kaunseling telah diberikan. Sebagai guru bimbingan dan kaunseling kami bertanggungjawab untuk mengeratkan lagi hubungan di antara mereka di samping menerangkan kepada mereka kerjaya serta personaliti mereka dengan memberikan inventori soal jawab kepada pelajar serta membuat sedikit "ice breaking".

#TMSTERBAIK

#UNITKAUNSELINGTMS






CERAMAH PENCEGAHAN ANTI DADAH (AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH KUALA PILAH)

 Ceramah Pencegahan Dadah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Pilah

Terima kasih kepada pelajar yang terlibat dalam menjayakan majlis ceramah yang bermula pada pukul 2 sehingga 4.30 petang(Rabu) bertarikh 13.7.2022. Sasaran pelajar adalah dari tingkatan 4 dan 5.

Juruacara : Pravin (PRS )3 USM

Pembaca Doa : Hasbi (Pengawas) 4 UKM
kerjasama dari :
Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit PPDa, Unit Disiplin, Kelab Pencegahan Jenayah







PERTANDINGAN PREVENT (INNOPEN) "22 PERINGKAT KEBANGSAAN

SMK TUANKU MUHAMMAD TELAH MENDAPAT TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN E-POSTER (SILVER)

Seramai 11 orang pelajar wakil dari SMK Tuanku Muhammad telah menyertai pertandingan INNOPEN 2022 Peringkat Kebangsaan melalui beberapa kategori. Antara pertandingan tersebut termasuklah pertandingan Inovasi, E-poster dan Video Pendek. Tahniah dan syabas kepada salah seorang pelajar Hasna Farhana Binti Adenan 2 USM telah terpilih mendapat tempat kedua dalam pertandingan E-poster




SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PESERTA DAN PEMENANG
#TMSTERBAIK
#UNITKAUNSELINGTMS❤️

PERTANDINGAN PREVENT (INNOPEN) '22

PERTANDINGAN PREVENT (INNOPEN) '22  INOVASI PENCEGAHAN,E-POSTER, VIDEO PENDEK PERINGKAT KEBANGSAAN

BEBERAPA ORANG PELAJAR TMS TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN PREVENT 22 PERINGKAT KEBANGSAAN DI BAWAH ANJURAN USIM, AADK DAN MADAC. BERIKUT BEBERAPA DOKUMENTASI PERSIAPAN MEREKA DALAM MENYERTAI PERTANDINGAN TERSEBUT. TERIMA KASIH KEPADA PUAN ASMA' BINTI AHMAD (GURU PRAKTIKAL USIM), PUAN BIBI FARHANA BINTI AHMAD DAN CIK SITI NORKIAH BINTI AZMI KERANA TELAH MEMBIMBING PARA PELAJAR TERSEBUT.

#TMSTERBAIK

#UNITKAUNSELINGTMS







MALAYSIAN FUTURE LEADERSHIP STUDENT KOHORT 7/2022

 MFLS KOHORT 7 PERINGKAT KEBANGSAAN TELAH DIJALANKAN SECARA DALAM TALIAN SELAMA 4 HARI BERMULA PADA 20/6/2022 SEHINGGA 23/6/2022. PROGRAM BERMULA PADA PUKUL 1 SEHINGGA 5.30 PETANG DAN DISERTAI OLEH LIMA ORANG PELAJAR IAITU :

1. ADAM KHALID

2. MOHD HASBI

3. FATIN IZZATI

4. NUR SHUHADA

5. NURUL SHAHIRA

 TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PARA PESERTA KERANA MEMBERIKAN KOMITMEN YANG BAIK.








Program 3 Penjuru TMS

Program 3 Penjuru ( 28.9.2022) Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke program 3 penjuru ( Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Atas). Jug...