Sabtu, 12 November 2022

Program 3 Penjuru TMS

Program 3 Penjuru (28.9.2022)

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke program 3 penjuru ( Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Atas).
Juga, ceramah keibubapaan kepada ibu bapa tingkatan 5 dan 6 Atas yang bertajuk 'Ibu Bapa Tonggak Kejayaan Anak'
Hujan turun sangat lebat...
Terharu saya melihat ibu bapa,
yang meredah hujan,
basah kuyup tidak berpayung,
yang basah kerana naik motor,
Yang parking kereta jauh kerana padang telah lecak,
sudi hadir kerana ingin melihat perkembangan anak.
Ada juga yang diwakili oleh datuk, nenek.
Kehadiran ibu bapa amat memberansangkan. Ada kelas yang mencatat kehadiran ibu bapa 100% 🤝
Kepada pelajar,
terimalah teguran penambahbaikan demi masa depan kamu.
Jika keluarga kamu bukan orang kaya,
tapi ibu bapa mampu bekalkan kamu ilmu dan agama sebagai pelindung kamu di masa depan.
Jika ibu bapa berusaha menggunakan kudrat tulang empat kerat siang malam untuk mencukupkan keperluan hidup kamu,
kamu berusahalah dengan bersungguh-sungguh demi meningkatkan kualiti hidup keluarga.
Di zaman kamu dewasa nanti,
dunia semakin mencabar🌍
Dengan ilmu dan sahsiah terpuji,
mampu merubah masa depan.
Terima kasih kepada pelajar yang membantu cikgu sebagai urusetia secara langsung dan tidak langsung.
Terima kasih kepada semua barisan pendidik TMS yang berjuang demi anak bangsa💐
Semoga segala yang baik-baik datang kepada kita.





KURSUS KEPIMPINAN SLAD PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

Program Kursus Kepimpinan SLAD Peringkat Kebangsaan 2022

Program Kursus Kepimpinan SLAD Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 20.9.2022 - 23.9.2022 secara dalam talian. Program ini disertai oleh dua orang pelajar iaitu :

1. Adam Khalid (PRS) 4UM

2. Amiruddin Sufi (PSS) 4UM

🏆Tahniah kepada Pemenang Peserta Terbaik Skim Lencana Antidadah (SLAD) mewakili Negeri Sembilan PRS ~ Adam Khalid Bin Muhammad Azmi (4UM)
Tahniah cikgu Siti Norkiah (Kaunselor TMS) guru pembimbing pelajar Program SLAD





PROGRAM KERJAYA PEMICU MASA DEPAN TMS

Program Kerjaya Pemacu Kegemilangan Masa Depan

Tingkatan 6 Atas | 23.9.2022 | Khamis
Dewan Tuanku Jaafar | fasilitator MAINS
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Unit Tingkatan 6
TMS Terbaik🌟
Terima kasih semua
~ Fasilitator MAINS
~ AJK Guru
~ AJK Pelajar








MAJLIS PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA PERINGKATN KEBANGSAAN

 Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera Peringkat Kebangsaan

Pada 18 Ogos 2022 (8.30 pagi), TMS telah mengadakan Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera Peringkat Kebangsaan di Youtube Live bertempat di Dewan Tuanku Jaafar.

Kerjasama dari Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Kelab Pencegahan Jenayah

Terima kasih kepada semua guru yang telah terlibat menjayakan majlis ini.

#TMSTERBAIK #UNITKAUNSELINGTMS







PROGRAM I THINK DAN TEKNIK MENJAWAB TINGKATAN 3 DAN 5

Program I Think dan Teknik Menjawab Matematik Tingkatan 3 dan 5

Pada 8.8.2022(ISNIN) Unit Bimbingan dan Kaunseling & Panitia Matematik telah menganjurkan Program I Think dan Teknik Menjawab Matematik kahs kepada pelajar tingakatan 3 dan 5 di Dewan Tengku Jaafar.





KURSUS PEMIMPIN BERKETERAMPILAN TMS 2022

Kursus Pemimpin Berketerampilan TMS 2022

Kursus ini diadakan pada 27.7.2022 di Dewan Tuanku Jaafar. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah :
Prof. Ir Ts Dr Solehuddin Shuib (Pensyarah UiTM, Shah Alam).
KURSUS INI DI SERTAI OLEH :
- Pengawas
- PRS
- PSS
- Exco Asrama
- Exco Tingkatan 6
- Unit Kokurikulum (Ketua, Penolong, Setiausaha, Bendahari)

#TMSTERBAIK
#UNITKAUNSELINGTMS






SELAMAT DATANG PELAJAR 6 RENDAH KE TMS "22

Orientasi Tingkatan 6 Rendah 2022 TMS

Pada tarikh 25.7.2022, TMS telah mengadakan orientasi kepada pelajar tingkatan 6 bawah. Tujuan orientasi ini dijalankan adalah untuk mendedahakan kepada pelajar berkaiatn dengan suasana pembelajaran di tingkatan 6 serta matapelajaran baru kepada mereka. Di sini juga Slot Guru Bimbingan dan Kaunseling telah diberikan. Sebagai guru bimbingan dan kaunseling kami bertanggungjawab untuk mengeratkan lagi hubungan di antara mereka di samping menerangkan kepada mereka kerjaya serta personaliti mereka dengan memberikan inventori soal jawab kepada pelajar serta membuat sedikit "ice breaking".

#TMSTERBAIK

#UNITKAUNSELINGTMS






Program 3 Penjuru TMS

Program 3 Penjuru ( 28.9.2022) Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke program 3 penjuru ( Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Atas). Jug...